dinar@dirham

dinar@dirham GCP Produk

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

Produk GCP

Dinar Emas GCP 999.9
Goldbar GCP
Rantai Tangan GCP

About Me

GCP Dealer - ad1909
Puchong,Putrajaya, S.Alam, Muar,Bandar Damansara,KL, Selangor, Johor, Malaysia
Fon : 019-7789196 Email : Afizan_sulaiman@ Hotmail.com
View my complete profile

Popular Posts

Thumbnail Recent Post

Penjejak Emas

Pengikut Facebook

Aliran Trafik

Selamat Datang Ke Laman Blog DnD - Dealer GCP : ad 1909

“ better LATE than NEVER “

Tukarlah Sistem Keewangan Anda Sekarang Sebelum Terlewat!!

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan perkhidmatan seperti jual/beli emas, emas terpakai, dinar, barang kemas, syiling dan sebagainya

Janji Kami

Berurusniaga dengan kami dan kami menjanjikan kepuasan yang maksimum dalam khidmat urusan kami.

Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Gram
Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Kilo
Harga Jualan Emas Semasa GCP

Salam untuk semua, saya nak share tentang Dinar Emas sebagai Mas Kahwin... Ni bukan kursus/ceramah kahwin eh... Just sharing... Hehe... Ok, apa itu Mas Kahwin??? Saya rasa ramai yang tahu tentang mas kahwin ni...






Mas Kahwin adalah bayaran oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga untuk menunjukkan kesungguhan mengahwininya, serta tidak sewenang2nya memasuki alam perkahwinan tanpa ada rasa tanggungjawab di pihak suami.

Melalui pemerhatian & pembacaan saya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin ialah M.Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. 13 keping dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua2 mereka.Menurut M.Nasir, dia memilih dinar emas kerana “ingin kembali kepada tradisi islam”. Hmm...cuba la kira sendiri, kalau sekarang ni, 13 keping dinar emas, sekeping harga RM650, dah cecah harga RM8,450 tuk sume dinar emas tu...Fuhh....




Sekarang ni pun kita dah sedia maklum, tiap2 tahun, nilai mahar (mas kahwin) sentiasa meningkat..selari dengan susutnya niai wang kertas. Kalau zaman orang tua kita dulu, duit hantaran dalam RM1000++. Tapi zaman kita sekarang ni, letak duit hantaran RM1000, orang dah tak pandang dah. Apa yang menjadi kebiasaan sekarang ni, nilai duit hantaran depend dengan education bakal isteri. Diploma pun paling rendah RM6000, itu belum yang belajar degree.


Kalau kita simpan duit kertas untuk kahwin, mungkin masa kita dah mula bekerja, baru boleh mula menyimpan. Nilai duit hantaran pada masa sekarang ni, RM6000 (tahun 2010). Dan kita dah simpan RM6000 untuk kawen 5 tahun lagi (tahun 2015).

Contoh 1:
Mungkin pada masa 5 tahun akan datang.

Nilai masa kahwin dah naik ke rm10,000 atau lebih...

Jadi mcm tidak berbaloi simpanan kita tu.

Kita terpaksa menyimpan additional RM4,000 jika pada masa tu, keluarga mertua mintak RM10,000 sebagai duit hantaran. Bcoz kita cuma simpan RM6000..


Contoh 2. 
Seperti mana yang kita sedia maklum,

kenaikan harga emas dalam anggaran 
25% setahun. 

Cuba kita bayangkan dalam masa 5 tahun. (5 tahun x 25% = 125%).

Banyak kan kenaikan harga emas??? Dalam masa 1 tahun kita boleh simpan 12 dinar emas dengan anggaran harga belian sekeping RM650...

Tahun 2011      RM650 x 12 dinar emas = RM7,800
Tahun 2012      RM7,800 x 25% = RM1,950 + RM7,800 = RM9,750
Tahun 2013      RM9,750 x 25% = RM2,437.50 + RM9,750 =RM12,187.50
Tahun 2014      RM12,187.50 x 25% = RM3,046.88 + RM12,187.50 = RM15,234.38
Tahun 2015      RM15,234.38 x 25% = RM3,808.60 + RM15,234.38= RM19,042.98

Cuba bayangkan,

dengan simpanan dinar pada tahun 2011 sebanyak
12 keping dengan harga RM7,800. Nilai dinar kita pada masa 2015 akan datang bernilai RM19,042.98

Dah,tak payah kira2 dah...banyak dah naik....Semua mesti dah dpt my point kan??? =)













Dengan cara ini bukan sahaja simpanan kahwin kita terjamin, tapi siap mempunyai lebihan lagi. Semoga dengan artikel ini, anak-anak muda yang belum berkahwin boleh buka minda mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai mas kahwen/simpanan utk duit hantaran mereka nanti..


Cara ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka sebagai saving untuk masa hadapan =) Banyak lagi kelebihan dinar emas. Nilai emas tidak susut macam nilai mata wang, malah semakin naik..

Renung-renungkan.... Ini hanya pendapat saya sahaja.. =)


Berikut adalah kenyataan salah satu bank yang membuat service ar-rahnu di malaysia :




namun pada pengumuman itu dinyatakan arahan untuk tidak menerima gold bar dan dinar sedang dikaji semula…dan bagi sesiapa yang memiliki gold bar ataupon dinar jangan ambil tindakan melulu menjual goldbar dan dinar anda dibawah nilai pasaran. Ini akan merugikan anda. Bagi usahawan-usahawan kecil yang selama ini menggunakan goldbar sebagai pusingan modal jangan risau pihak GCP telah bersiap sediada akan hal ini. Anda boleh beralih kepada rantai emas 999 keluaran GCP. Produk rantai emas GCP boleh didapati dalam pelbagai berat seperti 10gram, 20gram, 30gram, 50gram dan 100gram.






berminat call/sms 019-7789196 En.afizan dealer ad1909

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.
Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting
Simpan wang = Simpan emas
FIKIR2KAN LAH….
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak.

DAN LINDUNGI NILAI KEKAYAAN ANDA DENGAN EMAS 999
Melaburlah dalam 999 emas tulen hari ini untuk potensi pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang

ASET KEWANGAN YANG KUKUH
*Harga emas telah meningkat lebih tiga kali ganda sejak tahun 2000,peningkatan pada nilai purata sebanyak 20% setahun.
*Tiada penyusutan nilai dari tahun ke tahun sejak 10 tahun yang lepas

TERJAMIN
*Nilai biasanya kekal walaupun ketika waktu kurang stabil dan krisis ekonomi

MENGURANGKAN RISIKO KEWANGAN
*Mempelbagaikan portfolio pelaburan
*pelindung inflasi yang baik
*Mengurangkan risiko terdedah kepada kelas aset yang tertentu

PELINDUNG INFLASI
*Kuasa beli emas kekal dalam jangka panjang
*Tidak dipengaruhi oleh kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan
*Melindungi daripada ketidakstabilan dan kelemahan mata wang dagangan utama dunia

PERMINTAAN DAN PEMBEKALAN
*Permintaan emas terus meningkat,mengatasi pembekalan dan mempengaruhi harga emas


Part 1



Part 2






Part 3 


------------------------------------------------------------------------------------
Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent GCP. Anda boleh ke website ...
http://www.gcp.com.my - untuk harga semasa Emas Semasa


Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
019-7789196
afizan_sulaiman@hotmail.com
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_149676488431400&ap=1

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D



Sekiranya memiliki kuantiti emas yang banyak dan merasakan tidak selamat atau bimbang menyimpan di rumah maka menyewa peti simpanan bank adalah langkah yang terbaik. Ini adalah kerana setiap peti simpanan atau safe deposit box yang terdapat di bank-bank yang tertentu telah direkabentuk dengan ciri-ciri keselamatan yang dapat menjamin kandungan simpanan berkeadaan baik. Apa yang lebih penting lagi adalah peti simpanan tersebut telah dilindungi dengan insuran. Justeru itu penyimpan tidak terlalu rugi sekiranya barang yang disimpan telah hilang, terbakar dan sebagainya. Berikut adalah contoh saiz dan harga sewaan bagi peti simpanan . Data ini saya perolehi di bank-bank sekitar pusat bandar Alor Setar.

Public Bank
Saiz Peti 3 x 10 x 24in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM150---Deposit RM200--Jumlah RM360
Saiz Peti 5 x 10 x 24in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM180---Deposit RM200--Jumlah RM390
Saiz Peti 10 x 10 x 24in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM220---Deposit RM200--Jumlah RM430

CIMB Bank
Saiz Peti 3 x 5 x 19in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM100---Deposit RM150--Jumlah RM260
Saiz Peti 5 x 5 x 19in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM100---Deposit RM150--Jumlah RM260
Saiz Peti 5 x 10 x 19in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM160---Deposit RM150--Jumlah RM320
Saiz Peti 10 x 10 x 19in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM200---Deposit RM150--Jumlah RM360

Mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
Kunci diserah 2unit dimana bank tidak memegang kunci tersebut, sekiranya kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
Boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
Kebiasaannya insuran adalah nilai RM10 ribu.
Sekiranya ingin menambah nilai insuran (Merujuk Insuran syarikat LONPAC insuran)
Perlindungan RM20k , tambahan premium tahunan = RM18 setahun + Cukai Stem RM10 = RM28
Perlindungan RM30k , tambahan premium tahunan = RM24 setahun + Cukai Stem RM10 = RM34
Perlindungan RM50k , tambahan premium tahunan = RM48 setahun + Cukai Stem RM10 = RM58
Perlindungan RM100k , tambahan premium tahunan = RM96 setahun + Cukai Stem RM10 = RM106
Perlindungan RM150k , tambahan premium tahunan = RM144 setahun + Cukai Stem RM10 = RM154
Perlindungan RM200k , tambahan premium tahunan = RM180 setahun + Cukai Stem RM10 = RM190

------------------------------------------------------------------------------------
Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent GCP. Anda boleh ke website ...
http://www.gcp.com.my - untuk harga semasa Emas Semasa


Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
019-7789196
afizan_sulaiman@hotmail.com

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D



Alhamdulillah, akhirnya siap juga blog saya yang tidak seberapa ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya blog apakah ini ? Ini adalah blog mengenai kepentingan menyimpan emas di waktu ini. Ramai yg masih ragu-ragu dalam menyimpan emas. Saya juga dulu begitu. Namun dengan melihat semula sejarah matawang kita akan tahu yg kertas tetap kertas. Kita hakikatnya ditanamkan kepercayaan yg kertas itu ada nilai, yg sebenarnya kos pencetakannya hanya sekitar 6sen, dan kita disuruh percaya ianya bernilai RM1/5/10/50/100.

Ramai juga yg menyangka pelaburan emas ini adalah satu pelaburan baru yg semakin mendapat perhatian dan menjadi popular dan ramai orang mula tergila-gilakan emas dan perak. Hakikatnya kita silap. Bila ekonomi sudah bergolak, kita sebenarnya seolah-olah baru tersedar dan terjaga dari tidur tentang delusi duit kertas. Hakikat yang emas dan perak sebenarnya adalah matawang dan penyimpan nilai sebenar. Sama seperti cerita seorang raja yg bogel tapi semua orang mengatakan raja itu berpakaian cantik, sehinggalah ada seorang budak yg mengatakan bahawa raja itu bogel, baru semua mula terima hakikat itu. Jika anda sehingga kini masih ragu-ragu dan sekadar menyangka ini sekadar kata-kata mulut manis untuk melariskan produk yg saya jual, anda sebenarnya tidak tahu sejarah.

Di Malaysia Emas dan Perak mungkin masih baru, namun di negara yg ekonominya bergolak hebat seperti di negara barat dan China, mereka sudah lama sedar. China antara negara yg paling banyak menyimpan USD sebagai reserve. Akibatnya mereka juga turut bergolak. Namun China pandai, mereka menghasilkan ketulan-ketulan perak dan menggalakkan rakyat mereka menyimpan perak. China juga mula berdagang dengan negara lain dengan matawang sendiri. China juga telah membeli 300 tan emas pada tahun lepas.

Ada orang yg mengelak bila diceritakan tentang emas dan perak. Mereka menjangkakan ini adalah sekadar jual beli biasa atau mungkin jualan langsung atau MLM atau pelaburan yang kebiasaannya sungguh membosankan. Mereka telah rugi kerana walaupun emas adalah salah satu pelaburan, emas juga adalah matawang sebenar. Mereka tidak tahu sejarah dan tiada ilmu sebab itu mereka melarikan diri. Saya sudah banyak jumpa orang begini. Dan mereka sebenarnye rugi.

akhir kata daripada saya, Simpanan Emas Menjamin Masa Depan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda melawati blog saya. Semoga dengan adanya blog ini mampu menjadi rujukan kepada anda dan rakan-rakan bertapa pentingnya menyimpan emas pada waktu sekarang dan masa depan.

------------------------------------------------------------------------------------
Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent GCP. Anda boleh ke website ...
http://www.gcp.com.my - untuk harga semasa Emas Semasa


Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
019-7789196
afizan_sulaiman@hotmail.com

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D


Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham.

Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai.

Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage.


Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas.

Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap.

Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa.

Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.

Peningkatan 16 kali ganda.

Mana datangnya duit itu?

Nilai kertas yang mewakilkan emas akan turun kalau kertas itu banyak.

Rizab emas BNM telah merosot daripada 72 tan kepada 36 tan, akan tetapi kertas yang mewakilinya bertambah.

Inflasi boleh ditakrif menggunakan 2 cara.
1 cara, ialah kira ikut harga barang, itu yang digembar gemburkan supaya ianya kelihatan sedikit.

Satu cara lagi, ialah mengira berapa kadar kertas itu dikembangkan.
Kertas Ringgit dikembangkan berapa peratus tahun ini
Kertas pound dikembangkan berapa peratus tahun ini.

Dalam kaedah ke dua, peratusannya lebih tinggi daripada kaedah pertama.

Kaedah pertama, kira ikut harga barang, kadar inflasinya boleh disembunyikan dengan mengawal harga yang dikira itu. Bukan sahaja dikawal, malah subsidi diberikan untuk merendahkannya supaya inflasi pengembangan bekalan wang disembunyikan.

Inflasi pengembangan bekalan wang itu tetap ada, walaupun ianya disembunyikan.
Lambat laun ianya tidak boleh disembunyikan lagi, lihat sahaja harga gula, dan minyak.

Kembali kepada persoalan cukai inflasi seigniorage.

Daripada penerangan di atas, menunjukkan walaupun pengembangan wang, tidak mengakibatkan kesan inflasi serta merta.

Apabila Najib mengumumkan belanjawan tambahan 60 billion daripada angin. 60 bilion dicipta untuk digunakan.
Namun kesan inflasi itu bukan berlaku serta merta pada hari ianya dibentangkan.

Bila kesannya akan bertindakbalas? belum lagi.

60 billion itu boleh digunakan oleh kerajaan secara hutang.
Hutang kepada siapa 60 bilion itu?
Akan diterangkan selepas ini.

Daripada belanjawan 2010, telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan adalah RM362.5 bilion.


Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah 18.3 peratus kepada RM362.5 bilion pada akhir 2009 (akhir 2008: 14.9 peratus: RM306.4 bilion) terutamanya disebabkan peningkatan pinjaman dalam negeri untuk memenuhi keperluan pembiayaan.

Hutang kepada siapa hutang itu?


Sejak kecil kita diajar bahawa, kalau berhutang, maka perlu dibayar, akan tetapi dalam sistem ekonomi sebegini, ianya adalah hutang yang tidak dibayar.


Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.




Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.

Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.

Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.


Seandainya Ahmad, menyimpan nilai RM 2500 dlam bentuk emas untuk membeli lembu, maka apabila dia hendak membeli lembu 10 tahun daripada sekarang, maka emas itu cukup untuk membeli lembu. Ahmad terlepas daripada membayar cukai inflasi.

Itulah fungsi emas yang sebenar, iaitu menyimpan nilai, dan juga melindungi daripada Seigniorage cukai inflasi.


Maka hasil titik peluh bekerja perlu disimpan dalam bentuk emas supaya tidak dicukai dalam bentuk seigniorage oleh kerajaan.

------------------------------------------------------------------------------------
Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent GCP. Anda boleh ke website ...
http://www.gcp.com.my - untuk harga semasa Emas Semasa


Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
019-7789196
afizan_sulaiman@hotmail.com

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D
------------------------------------------------------------------------------------


 Tidak dinafikan sistem kewangan Islam yang wujud hari ini masih banyak kelemahan dan kekurangannya.  Dari pelbagai jenis sudut, sama ada dari sudut rangka kewangan dunia yang mengcengkam, system perundangan yang banyak kalanya tidak bersedia dan tidak menepati, pemegang saham perbankan Islam yang ‘tidak' ihsan serta terlalu mengejar keuntungan, sistem perkomputeran dan pengiraan yang masih lagi ‘terpaksa' mengikut rentak majoriti yang konvensional, produk perbankan Islam yang masih terbawa-bawa kehendak pelanggan berminda konvensional, pelanggan yang terlalu ‘demand' kesempurnaan pada praktis perbankan Islam tetapi diri sendiri terlalu jahil tentang Fiqh Muamalat dan kewangan moden hingga akhirnya menjadi racun kepada umat Islam, sistem matawang  fiat yang direka, dicipta dan diatur tidak dengan cara yang betul dan panjang lagi senarainya jika ingin saya kongsikan di sini.
Dari senarai panjang tersebut, hanya satu yang ingin dikongsikan bersama dalam tulisan ringkas padat ini. Iaitu topik berkaitan sistem pengendalian matawang yang menyukarkan perubahan untuk melahirkan system kewangan Islam yang terbaik. Kesalahan pengendalian  dan regulasi matawang hari ini telah diakui oleh begitu ramai pakar dari kalangan Muslim dan bukan Islam sebagai salah satu punca berlakunya kegawatan demi kegawatan.
Di dalam Forum Kewangan Dunia di Geneva 2010, baru-baru ini, Pengerusi Majlis Syariah Kesatuan Kewangan Islam Sedunia (AAOIFI) yang juga Naib Presiden Darul Uloom, Karachi, Syeikh Mufti Taqi UThamni telah berusaha berkongsi pandangan sebagai mewakili majoriti besar ulama dan ahli ekonomi Islam berkenaan system matawang.
Beliau cuba membawa menyedarkan pemimpin-pemimpin Negara maju untuk membuat satu perubahan radikal jika benar-benar ingin mengelakkan berulangnya ‘serangan' kejatuhan ekonomi di masa akan datang. Sesuai dengan tema program tersebut yang cuba mencari punca dan penyelesaian bagi kegawatan ekonomi baru-baru ini.
Benar, di waktu dan ketika ini, yang praktikal adalah dengan cuba meyakinkan pemimpin Negara maju ini untuk berubah, itu adalah salah satu cara terbaik untuk mempengaruhi system besar kewangan dunia untuk berubah dan dibaikpulih sedikit demi sedikit. Memang kita boleh menunjuk ‘lagak' untuk mempertikai itu dan ini dan mengkritik system kewangan Islam dengan pelbagai tuduhan keras selagi menumpang di atas system kewangan konvensional dan menggunapakai matawang fiat kertas.
Namun pandangan ideal semata-mata yang tidak menjejak di bumi pasti akan gagal menyakinkan pemimpin Negara maju untuk berubah, lalu ia akan kekal menjadi mimpi dan idaman sahaja.
Atas dasar itu, kita bersyukur dan berterima kasih atas usaha Syeikh Taqi Uthmani yang amat cemerlang. Beliau mengusulkan idea perubahan praktikal yang mesti dilakukan oleh dunia bagi menghasilkan sesebuah system kewangan yang lebih dinamik dan selamat di masa akan datang.
Salah satu cadangannya patut difahami sebaiknya oleh kita semua, selaku umat Islam sendiri. Kerana bagaimanakah boleh kita mengharapkan perubahan hanya dari minda dan tangan pemimpin barat sedang kita sendiri tidak faham apa yang sepatut dan yang tidak. Justeru, di kesempatan ini saya ingin menegaskan satu perkara sahaja.
Tanpa niat untuk mengulas secara mendalam perihal matawang emas dan praktikalitinya di dunia moden, sebenarnya ada satu isu yang lebih basic dari isu tersebut, yang tanpa memahaminya, matawang dinar emas ( jika mampu dilaksana) juga akan tetap gagal dalam membentuk sebuah system ekonomi yang Islamik dan stabil. Ia adalah isu kemestian untuk mengembalikan fungsi matawang dalam Islam.
KEMBALIKAN FUNGSI ASAL MATAWANG
Imam Abu Hamid Al-Ghazali sejak 900 tahun dahulu telah menegaskan fungsi asal dan asas bagi matawang menurut perspektif Islam. Beliau berkata
 "Penciptaaan dirham dan dinar ( matawang emas dan perak) adalah benar-benar satu rahmat dari Allah ta'ala, kedua-duanya pada hakikatnya tiada nilai tersendiri yang boleh dimanfaatkan oleh manusia ( seperti untuk makan dan minum), tetapi akhirnya semua manusia memerlukannya disebabkan semua manusia memerlukan nilai suatu komoditi (barang) untuk ditukarkan bagi mendapatkan keperluan asasi makanan dan pakaiannya. Atas sebab itu, transaksi yang melibatkan pertukaran barangan antara satu sama lain tidak dapat dielakkan, Namun masalahnya, bagaimana untuk diukur nilai sesebuah barang dan ditetapkan harganya? Justeru keperluan itu, semua barangan keperluan ini memerlukan satu barang perantaraan yang boleh menjadi ukur rujuk bagi nilai. Maka itulah gunanya dinar dan dirham ini (wang emas dan perak), kedua-dua logam berharga itu akan  menjadi ukuran nilai sesuatu barangan lain kerana KEDUANYA TIDAK MENJADI OBJEKTIF jual beli, ia hanya menjadi perantaraan, jika kedua menjadi OBJEKTIF seluruh system ekwangan akan ROSAK DAN TERGANGGU. Kerana itulah Allah menciptankannya, melalui perantaraannya, pertukaran barangn kepelruan yang menjadi sasaran dan oibjektif jual beli akan terjamin keadilannya."

Dari penerangan Imam Al-Ghazzali ini, jelas pendirian ekonomi Islam berkenaan matawang tidak kira ia dari jenis emas, perak atau kertas fiat adalah:-

a) Matawang mestilah hanya sebagai perantara bagi tranksaksi jualbeli komoditi sebenar sahaja dan ia sendiri BUKAN komoditi.

b) Matawang mesti menjadi panduan ukuran nilai sesuatu barang keperluan.

Kedua-dua syarat di atas saling berkait, tanpa salah satu, ia akan gagal menjadi matawang yang dikehendaki oleh Islam.

Ini juga konsep yang telah diakui tepat oleh para ahli ekonomi seluruh dunia, khususnya Muslim economist. Malangnya, di ketika ahli cerdik pandai ini menyarankan dan mengakuinya, pemimpin politik dan taikon kewangan dan regulator badan utama kewangan dunia tidak mahu menrima pakai cadangan dan pandangan tersebut, ia tidak lain adalah  akibat ketamakan melampau puak korporat dan politik ini.  

Kesannya, hari ini matawang selain dijadikan sandaran nilai dan medium perantara jualbeli, ia sendiri telah dijadikan sebagai KOMODITI yang juga barang yang dijual dan dibeli.

Dalam bahasa mudahnya, emas dan matawang sendiri dijadikan sebagai objektif dalam sesuatu transaksi jualbeli, ia sepatutnya hanya menjadi perantara namun kini, fungsinya telah disalahgunakan sehingga menjadi barang jualan dan akhirnya menyebabkan nilainya tidak lagi stabil (fluctuate). Ini mencacatkan fungsinya yang sepatutnya dijadikan sandaran atau ukuran bagi nilai komoditi lain.

Matwang yang dijadikan sandaran nilai sepatutnya mempunyai nilai yang hampir tetap, tidak terlalu banyak berubah dan bergerak. Hanya dengan itu, inflasi dapat dikawal dan jualbeli menjadi stabil dan keadilan tersebar.

Namun apabila matawang hari ini di jadikan komoditi, nilai sendiri tidak terkawal. Selain melihat nilai matawang kertas, cuba lihat juga nilai emas hari ini, bukankah ia juga turun naik dengan agak kerap..itu tanda emas yang wujud hari ini diperlakukan secara salah oleh manusia.

Atas sebab itu, hatta jika hari ini kita sibuk menginginkan emas untuk dijadikan matawang, namun dengan sikap dan attitude yang menggangap matawang sebagai komoditi, emas dan perak itu sendri pun akan gagal berfungsi sebagai matawang yang diinginkan oleh Islam.

Sebab itulah, perlu difahami, kejayaan menjadikan emas sebagai matawang belum boleh dianggap satu kejayaan mengislamkan ekonomi sama sekali, malah masih amat jauh.  Malah, apa yang lebih perlu diperbetulkan adalah sikap, kefahaman dan system regulasi kewangan dunia hari ini.

Sistem matawang emas dan perak ini pun bukanlah diperkenalkan oleh Rasulullah, malah ia telah wujud sebelum dari kebangkitan Rasulullah. Islam menerima pakai dua logam berharga itu sebagai matawang dan hanya mampu di "ISLAMKAN' apabila syarat-syarat urusniaga matawang yang digariskan oleh baginda Nabi DIPENUHI. Justeru, hanya memperjuangkan matawang emas bukan segala-galanya bagi sebuah ekonomi dan kewangan Islam.

Justeru, janganlah ada yang menyangka bahawa system kewangan Islam akan hanya menjadi benar-benar Islam apabila menggunakan emas dan perak sebagai matawang. Tidak semudah itu. Malah dengan fiat money ini juga system kewangan Islam mampu dicapai jika regulasi dan pengurusan matawang berjaya direfomasikan kepada cara yang betul, sama ada cara ia dikeluarkan, edaran, kawalan dan penggunaannya.

MENYEDIHKAN BILA EMAS DIJADIKAN ALAT PELABURAN

Lebih menyedihkan, di ketika laungan dan desakan untuk mengembalikan emas dan perak sebagai matawang dipukul canang oleh sebahagian umat Islam, individu yang sama juga kelihatan sibuk memperdagangkan emas dan menjadikannya sebagai sebagai bahan pelaburan. Mereka sibuk membeli emas dalam bentuk jongkong yang dijual oleh Public Bank, Maybank melalui akaun pelaburan emasnya, atau melalui syarikat-syarikat lain untuk disimpan dan kemudian dijual bagi memperolehi untung atas perbezaaan hari ini dan masa hadapan. Kemudian mereka menggembar-gemburkan kononnya melabur dalam emas adalah Islamik dan menepati Islam.

Hakikatnya itu adalah dakwaan terseleweng mereka, ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majority ilmuan Islam.

Memang benar, walaupun secara kontraknya jual beli mereka adalah sah apabila menepati syarat serah terima pada satu masa dan sama timbangannya (Yadan bi Yadin mithlan bi mihtlin), tetapi hakikatnya tindakan itu  tersasar dari Maqasid al-Shariah kepada penciptaan emas dan perak itu sendiri.
Malah jika benar-benar satu hari kelak emas dijadikan matawang, individu sebegini yang akan merosakkan system kewangan Islam di ketika itu.  Mengapa? Kerana mereka terlibat dalam mengubah fungsi emas dan perak yang sepatutnya menjadi matawang kepada komoditi dan objektif untuk membuat untung atas perubahan nilai.  Selagi mereka melaksanakan kerja itu, selagi itulah emas juga TIDAK SESUAI dijadikan matawang. Kelak nanti syiling-syiling matawang emas semuanya disimpan dan disorokkan dari gunapakai, kerana ingin menunggu nilainya menaik. Tatkala itu ia akan tergolong dalam erti ihtikar yang diharamkan.!

Perlu difahami, emas yang sudah dibentuk menjadi perhiasan seperti gelang, rantai, cincin dan sepertinya tidak dilarang untuk dijadikan komoditi atas sifatnya yang telah bercampur dengan skill pembuatan dan ditokok tambah pula dengan batu permata dan sebagainya. Tatkala itu, barulah boleh diambil untung atas jualannya.

BAGAIMANA KONTEKS HARI INI MATWANG KERTAS?

Disebabkan matawang emas masih tidak wujud di ketika ini, maka bagi memastikan system kewangan lebih stabil dan selamat pada pandangan Islam, maka apa sahaja yang menjadi galang ganti kepada matawang emas dan perak juga TURUT WAJIB DIKENDALI SESUAI SEBAGAI MATAWANG BUKAN KOMODITI.

Kesatuan Fiqh Islam sedunia, akur kepada system kewangan dunia yang dipegang oleh bukan Islam, mereka mengatur dan menjadikan kertas sebagai matawang. Maka atas dasar hajiat, ulama sedunia bersama pakar ekonomi Islam membuat keputusan keharusan untuk mengunnapakai matawang kertas namun mestilah diuruskan menepati cara urusan emas dan perak.Iaitu dari sudut hukumnya dan juga cara pengendaliannya sebagai matawang, iaitu tidak harus dijadikan komoditi.

Atas sebab itu, forex trading walaupun dibuat spot tetapi untuk mengabil untung atas perbezaan nilai matawang, adalah juga HARAM di dalam Islam kerana ia lebih kepada spekulasi dan perjudian. Di samping isu-isu lain seperti gharar dan keterlibatan riba dalam leverage. Apapun, yang pasti perniagaan forex trading wang kertas pelbagai Negara adalah untuk menraih untung atas perbezaaan nilai matwang adalah HARAM kerana ia adalah judi dan penyebab mudarat kepada system ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta ketidakstabilan nilai matawang.

Bank-bank Islam di seluruh dunia juga dikawal selia oleh Majlis Syariah masing-masing agar tiada unsur spekulasi dalam setiap forex trading mereka. Hanya forex untuk tujuan lindung nilai ( hedging) sahaja dibenarkan. Itulah juga keputusan Majlis Shariah Bank Negara Malaysia. Forex trading untuk raih untung atas perbezaan nilai matwang tidak dibenarkan OLEH MAJORITI Majlis Syariah bank-bank Islam walaupun ia dibuat secara spot.

Hasilnya, kita perlu faham, matawang kertas (fiat money) yang wujud hari ini juga mestilah TIDAK dijadikan komoditi, sama seperti emas dan perak. Itulah yang diwarwarkan oleh Syeikh Taqi Uthmani semasa Forum Kewangan Dunia. Bagi mengurangkan masalah di dalam system ekonomi semasa. Sebagai jalan pertama untuk mewujudkan system ekonomi adil dan menepati Islam.

Malangnya dicelah-celah ketamakan manusia hari ini, matawang kertas fiat hari ini turut menjadi bahan sasaran dan objektif keuntungan. Bukan sahaja bank-bank terlibat, malah ramai individu juga rambang mata berniaga FOREX melalui platform internet, Walau ia ditegah oleh kerajaan, semuanya tidak diendah lagi.

Mereka membeli matawang  sesebuah Negara (Euro sebagai contoh) untuk disimpan sebagai pelaburan bagi menunggu nilainya menaik untuk dijual kembali di pasaran. Inilah punca dan penyebab kelam kabut ekonomi dunia. Sama ada ia dilakukan oleh industri perbankan atau individu. Kesemuanya BERDOSA. Imam Al-Ghazzali berkata :

"Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjualbeli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objktif asal penciptaan matawang,... jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) = simpan untuk tunggu naik harga dan jual" [1]

Falsafah larangan dan objktif ini dijelaskan oleh Syeikh Taqi uthmani dapat dilihat dengan jelas dari pengharaman riba dan penghalalan jual beli sebagai ganti kaedah untuk mendapat untung.

PENYELESAIAN TEPAT DAN TIDAK PELIK

Sebenarnya cadangan ini tidaklah ganjil dan pelik, malah ia juga telah dicadang oleh ramai pakar ekonomi termasuk yang bukan beragama Islam. Contohnya selepas berlakunya kegawatan pada tahun 1930 an,  ‘Economic Crisis Committee' telah dibentuk oleh  Southampton Chamber of Commerce, selepas perbincangan dan diskusi mendalam mereka menyatakan:

"In order to ensure that money performs its true function of operating as a means of exchange and distribution, it is desirable that it should cease to be traded as a commodity."[2]

Malah suatu percubaan praktikal telah dicuba dan didedahkan oleh seorang ahli ekonomi bernama Margrit Kennedy di dalam bukunya bertajuk "Interest and Inflation Free Money." Beliau memaklumkan hasil percubaan pelaksanaan interest free model DAN MATAWANG TIDAK DIJADIKAN KOMODITI yang dilakukan di pekan kecil Austria pada tahun 1932- 1933, dia menyatakan  :

"When over 300 communities in Austria began to be interested in adopting this model, the Austrian National Bank saw its own monopoly endangered. It intervened against the Town Council."[3]

Beliau juga bersama beberapa pakar ekonomi di USA telah berusaha bagi mencadangkan system alternative ini kepada kerajaan USA pada tahun 1933, tetapi semua cadangan mereka ditolak.

Syeikh Taqi menegaskan :

"In order to save the world from such evil consequences, trading in money itself should be stopped. Exchange of different currencies is, of course, inevitable for the purpose of international trade, for which one currency has to be sold for another currency, and a margin of profit for the seller may be inbuilt in the exchange rate. So far as these exchange transactions are carried out for the genuine purpose of cross border trade of real commodities, it cannot pose a problem. The problem arises when exchange of currencies is meant for speculative transactions in money itself. Unfortunately, majority of currency transactions carried out in the market are purely speculative. " [4]

Ertinya : "Bagi menyelamatkan dunia dari kesan buruk, penjualbelian matawang MESTI dihentikan, Namun begitu, pertukaran matawang berbeza adakalanya tidak dapat dielakkan bagi keperluan perdagangan antarabangsa, yang mana memerlukan pertukaran dan jualbeli matawang berbeza...dan margin keuntungan penjual mungkin telah dimasukkan dalam nilai tukaran. Biasanya pertukaran dari jenis ini yang didasari oleh tujuan-tujuan asas perdagangan komoditi sebenar, ia tidak banyak mengancam ekonomi. Masalah sebenar hanya berbangkit apabila pertukaran matawang dibuat bagi tujuan spekulasi dalam nilai matawang itu sendiri. Amat malang apabila didapati majority transaksi pertukaran matawang  dibuat adalah atas dasar spekulasi tulen (judi).

Bayangkan, dengan jumlah global international trade pada tahun 2008 sekitar US$ 32 trillion, [5] iaitu purata US$88 billion setiap hari, mankala ‘daily turnover' bagi global foreign exchange markets pula dianggarkan pada nilai USD $ 3.98 trillion, [6]  iaitu, 45 kali ganda  lebih besar dari jumlah international trade. Ini bermakna hanya 2% daripada pertukaran matawang benar-benar didasari oleh permintaan sebenar oleh kerajaan dan peniga. Baki 98 % adalah dilakukan atas dasar spekulasi yang akhirnya menyebabkan inflasi di seluruh dunia dan menjadi salah satu punca ketidakstabilan ekonomi dunia dan kegawatan.


Terima kasih kepada sesiapa yang mampu membaca sehingga tamat artikel ini dan khusunya bagi mereka yang mampu memahami tulisan ini. Sampaikanlah ia kepada sesiapa yang mampu memgambil manfaat darinya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

1 Februari 2010


·         Ingin tambah bacaan berkenaan wang kertas dan penciptaannya secara mudah. Buka tulisan saya yang lalu di sini .



[1] Al-Ghazali, Ihya'ul-uloom, v.4, p.348, Beirut 1997
[2] The Report of Economic Crisis Committee, Southampton Chamber of Commerce, 1933, part 3, (iii) para 2
[3] Margrit Kennedy: Interest and Inflation Free Money, p.39 Philadelphia 1995
[4] Uthmani, Muhammad Taqi (2010), Post-crisis reforms : Some points to ponder, World Economic Forum Values Report, Geneva, p.  51-57
[5] World Trade Organization. http;//stat.wto.org/statisticalprogramWSDBViewData.
aspx?Language=E
[6] http;//en.wikipedia.org/wiki/Foreign_exchange_market





 
 
------------------------------------------------------------------------------------
Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent GCP. Anda boleh ke website ...
http://www.gcp.com.my - untuk harga semasa Emas Semasa


Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
019-7789196
afizan_sulaiman@hotmail.com

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D
------------------------------------------------------------------------------------