dinar@dirham

dinar@dirham GCP Produk

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

Produk GCP

Dinar Emas GCP 999.9
Goldbar GCP
Rantai Tangan GCP

About Me

GCP Dealer - ad1909
Puchong,Putrajaya, S.Alam, Muar,Bandar Damansara,KL, Selangor, Johor, Malaysia
Fon : 019-7789196 Email : Afizan_sulaiman@ Hotmail.com
View my complete profile

Popular Posts

Thumbnail Recent Post

Penjejak Emas

Pengikut Facebook

Aliran Trafik

Selamat Datang Ke Laman Blog DnD - Dealer GCP : ad 1909

“ better LATE than NEVER “

Tukarlah Sistem Keewangan Anda Sekarang Sebelum Terlewat!!

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan perkhidmatan seperti jual/beli emas, emas terpakai, dinar, barang kemas, syiling dan sebagainya

Janji Kami

Berurusniaga dengan kami dan kami menjanjikan kepuasan yang maksimum dalam khidmat urusan kami.

Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Gram
Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Kilo
Harga Jualan Emas Semasa GCP


 
Teknik Ar-Rahnu dalam Pelaburan Emas

Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahu kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas. 

Salah satu keistimewaan emas fizikal (jongkong emas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 75% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan


Jika anda mempunyai jongkong emas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.

Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, kenaikan emas 2010 melebihi 25%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM1,000 dalam masa 6 bulan.

Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda pada kadar kenaikkan emas 10%.
Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.


Ilustrasi 2
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan


Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas pada gadaian 1 jika anda tidak menggadaikannya).
Macam mana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan


Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%. Anda boleh mengenai Kenaikan Harga Emas 2010.
Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.
Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.
 
------------------------------------------------------------------------------------
Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent GCP. Anda boleh ke website ...
http://www.gcp.com.my - untuk harga semasa Emas Semasa


Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
019-7789196
afizan_sulaiman@hotmail.com

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D
------------------------------------------------------------------------------------